ALOR SETAR: Seorang pengarah urusan dan seorang pengarah syarikat dijangka didakwa berhubung kes baja di Mahkamah Sesyen Alor Setar, esok.

Sumber memaklumkan, kedua-dua individu berkenaan akan didakwa kira-kira pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, bentuk pertuduhan atau jumlah kesalahan yang akan dihadapi kedua-dua individu terbabit belum diketahui setakat ini.

Pada 13 September lalu, seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja berusia 30-an direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan SPRM menyiasat isu berkaitan kelewatan bekalan Baja 3 kepada kira-kira 40,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), di sini.