Tokyo: Juara bertahan, Carlos Alcaraz mara ke final Terbuka Jepun selepas menewaskan rakan senegara, Jaume Munar 5-7, 6-3, 6-1 dalam aksi separuh akhir di Tokyo, hari ini.

Pemain nombor tiga dunia itu bermula agak perlahan sebelum bangkit memenangi dua set terakhir untuk melengkapkan kemenangan dalam tempoh dua jam 31 minit.

Alcaraz mengakui masih belum mencapai tahap permainan terbaiknya selepas bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan yang dialaminya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya masih cuba mendapatkan semula tahap permainan saya. Saya rasa masih jauh daripada tahap itu.

"Saya berasa baik, tetapi masih cuba mendapatkan rentak dalam pertandingan, bermain perlawanan dan kejohanan," katanya.