KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan juara empat kali, Korea Selatan 2-1 pada aksi separuh akhir dan akan berdepan juara bertahan India pada final hoki lelaki Sukan Asia, Sabtu ini.
Penyerang Azrai Aizad Abu Kamal menjadi wira Speedy Tigers apabila meledak dua gol pada minit ke-40 menerusi pukulan sudut penalti dan pukulan penalti pada minit ke-45.
Lee Gangsan menjaringkan gol Korea pada minit ke-42.
Korea menggunakan strategi 'power play' dalam dua minit terakhir perlawanan dengan mengeluarkan penjaga gol Kim Jaehyon, namun barisan penyerang Malaysia gagal menambah kelebihan.
India yang memburu kejuaraan Sukan Asia kelima mereka, menewaskan seteru tradisi Pakistan 4-3 pada aksi separuh akhir pertama.






