SEPANG – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menambah koleksi pingat emas kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas memenangi acara keirin lelaki.
Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Izu, Shizuoka sebentar tadi, bekas juara dunia itu memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas mengetepikan cabaran dua pelumba China, Li Zhiwei dan Xie Han.
Berdepan cabaran beberapa pelumba terbaik, termasuk Zhiwei, Xie Han dan wakil tuan rumah, Minato Nakaishi, pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu berjaya mengekalkan fokus hingga ke garisan penamat.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima.








