sukan@hmetro.com.my
Nagoya: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyifatkan kejayaan meraih emas keirin pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, hari ini sebagai penamat sempurna buat kariernya di pentas Sukan Asia.
Dia yang digelar The Pocket Rocketman mengukuhkan statusnya sebagai legenda sukan itu selepas memintas pelumba China, Li Zhiwei di garisan penamat pada perlumbaan akhir di Velodrom Izu, Shizuoka, hari ini.
Rakan senegara Zhiwei, Xie Han meraih gangsa manakala Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Kemenangan itu hadir 16 tahun selepas dia meraih emas Sukan Asia pertamanya di temasya Guangzhou 2010, yang juga dalam acara keirin.






