Kuala Lumpur : Pulang kali pertama buat konsert di kampung halaman, Johor diakui menjadi impian 35 tahun kumpulan Exists yang akhirnya menjadi kenyataan, meskipun pernah gusar memikirkan beberapa faktor.
Pemain bass Exists, Musa Radhi atau Musrad berkata, sebenarnya setiap tawaran konsert diterima kumpulan itu tidak sewenang-wenangnya dipersetujui dengan mudah hanya kerana berasakan nama dikenali peminat.
"Alhamdulillah, impian Exists untuk hiburkan peminat di kampung halaman kami yang berasal dari Johor, kecuali Ezad di Kedah, nampaknya akan jadi kenyataan selepas 35 tahun kami tunggu peluang ini.
"Kami sudah buat konsert di Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah dan negara jiran, Singapura. Tetapi, konsert di Johor Bahru belum pernah lagi walaupun sekali. Jadi, rezeki diterima ini sangat-sangat bermakna.









