RAVENNA: Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho bakal kembali menggegarkan padang apabila dijadual membuat penampilan pertama dalam perlawanan kompetitif selepas lebih sedekad pada aksi antara Ravenna menentang Forli dalam aksi liga divisyen ketiga Itali, malam esok.
Lebih menarik, pemain berusia 46 tahun itu berpeluang merealisasikan impian menjaringkan gol terakhir dalam karier profesionalnya sekali gus memburu jaringan ke-300 sepanjang karier.
Pengendali Ravenna, Andrea Mandorlini mengesahkan pemenang Piala Dunia 2002 itu akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi pertembungan derbi tempatan berkenaan.
"Dia akan bermain dari awal, itu sudah pasti. Selepas itu, kami akan berbincang untuk menentukan berapa lama dia akan beraksi.








