MELAKA: Keterujaan mengundi buat kali pertama membuatkan seorang penuntut sanggup berbelanja RM700 untuk tiket penerbangan pergi dan balik dari Sarawak ke Melaka bagi memangkah di kertas undi.
Penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Ashira Dania Mohd Hairun, 20, teruja pulang ke kampung halamannya di Taman Seri Duyong 2 di sini, bagi mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.
Pelajar tahun pertama jurusan Sains Sosial itu teruja menunaikan tanggungjawab memandangkan ia kali pertama berpeluang memilih wakil rakyat.
"Kos pergi dan balik saya beli tiket penerbangan dalam RM700.









