Para pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 diseru keluar menunaikan tanggungjawab awal pagi pada Sabtu ini, bagi mengelak kemungkinan hujan pada sebelah petang.
Key takeaways
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menggesa pengundi PRN Melaka Ke-16 untuk keluar mengundi awal pagi pada 14 November bagi mengelak hujan petang yang boleh menyukarkan pergerakan ke pusat pengundian.
- Adly Zahari menyatakan cuaca hujan pada sebelah petang berpotensi menyukarkan pergerakan pengundi ke pusat pengundian.
- Keluar mengundi lebih awal diharapkan dapat melancarkan proses pengundian pada 14 November ini.
- Adly menasihatkan golongan muda untuk merancang masa keluar mengundi kerana kecenderungan mereka hadir lewat.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
MELAKA: Para pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 diseru keluar menunaikan tanggungjawab awal pagi pada Sabtu ini, bagi mengelak kemungkinan hujan pada sebelah petang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, cuaca terkini yang menyaksikan hujan pada sebelah petang boleh menyukarkan pergerakan ke pusat pengundian.
Menurutnya, keluar mengundi lebih awal juga dapat membantu melancarkan perjalanan proses pengundian pada 14 November ini.
“Kita tahu buat masa ini, biasanya pada sebelah petang kita akan menghadapi keadaan cuaca yang tidak berapa baik, hujan dan sebagainya.