KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran pinjaman wang yang menjadikan simpanan persaraan itu sebagai asas perjanjian pembayaran balik.
Taktik berkenaan semakin membimbangkan apabila peminjam bukan sahaja menerima jumlah wang jauh lebih rendah daripada pinjaman dipohon, malah terpaksa menanggung bayaran balik berkali ganda sehingga membebankan kewangan mereka.
Ketua Perunding Unit Banteras Ahlong DM Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (DM), Adam Mustapa berkata, antara kes yang dikenal pasti membabitkan seorang mangsa dari Kuala Lumpur yang membuat pinjaman pokok sebanyak RM130,000, namun perlu membayar semula sehingga RM400,000.








