Kuala Lumpur: Sebarang kekaburan atau percanggahan dalam pelaksanaan baki hukuman tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak seharusnya diselesaikan pada peringkat Lembaga Pengampunan sebelum pelaksanaannya.

Ia adalah mekanisma terbaik bagi mengelakkan kekeliruan dan pertikaian berpanjangan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

Bekas Speaker Dewan Rakyat yang juga mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Azhar Harun berkata, Peguam Negara yang menganggotai lembaga itu mempunyai peranan memberikan pandangan dan rekomendasi.

Manakala segala perincian berkaitan pelaksanaan perlu dimuktamadkan mengikut keputusan pengampunan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.