ALOR SETAR - Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan mengalami kecederaan pada muka dan kepala selain patah tulang rusuk serta empat jari akibat kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol pada petang Khamis.Muhammad Sanusi berkata, anak ketiganya itu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi membolehkan doktor memantau keadaannya serta melakukan pemeriksaan lanjut mengesan kemungkinan berlaku kecederaan dalaman."Masih dirawat di ICU, doktor maklumkan perlu buat pemantauan rapi terlebih dahulu, esok mungkin boleh tukar ke wad biasa selepas pemeriksaan jika keadaan lebih baik," katanya.Beliau berkata, anaknya yang merupakan pelajar tahfiz sedang mengikuti program pembelajaran ‘fast track’ bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena.Bagaimanapun, peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula 23 November ini kemungkinan tidak dapat diduduki olehnya berikutan kecederaan pada tangan kanan."Sepatutnya dia akan duduki SPM... nampaknya mungkin dia tak dapat teruskan sebab tangan kanannya cedera," katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 4 petang ketika mangsa berusia 20 tahun menunggang motosikal Yamaha X-Max 250 dari arah kolejnya di Pokok Sena menghala ke Alor Setar."Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal sehingga menyebabkannya terbabas ke dalam longkang," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Anak Menteri Besar Kedah patah tulang rusuk, empat jari akibat kemalangan

Key takeaways
Anak perempuan Menteri Besar Kedah, berusia 20 tahun, mengalami patah tulang rusuk dan empat jari serta kecederaan muka dan kepala selepas kemalangan motosikal di Alor Setar, kini dirawat di ICU Hospital Sultanah Bahiyah.
- Kecederaan melibatkan patah tulang rusuk, empat jari, serta luka di muka dan kepala.
- Anak tersebut sedang menyiapkan program fast track SPM dan kemungkinan tidak dapat duduki peperiksaan pada 23 November.
- Kemalangan berlaku sekitar jam 4 petang ketika menunggang motosikal Yamaha X‑Max 250 dan mangsa gagal mengawal sehingga terbabas ke dalam longkang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by The Sun
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anak Menteri Besar Kedah patah tulang rusuk, empat jari akibat kemalangan (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F2523424234234_114134.png&w=480&output=webp&q=85&we)


