ALOR SETAR: Selepas hampir 47 tahun tersimpan dalam bentuk rakaman audio, ucapan Menteri Besar Kedah kelima, Datuk Seri Syed Nahar Syed Sheh Shahabuddin semasa majlis peletakan batu peringatan Kampung Lindungan Raja di Sedim, Kulim, berjaya ditranskripsikan.

Ucapan yang disampaikan pada 14 Disember 1979 itu mengandungi penceritaan mengenai peristiwa bersejarah di Sedim ketika pendudukan Jepun, termasuk kisah Almarhum Sultan Abdul Hamid mendapatkan perlindungan di kampung berkenaan.

Transkripsi ucapan itu dilakukan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Syamsyul Anuar Ismail pada 25 Oktober lalu, dengan mengekalkan setiap perkataan seperti yang dirakamkan dalam audio asal.