Amir Hamzah Azizan berkata data beli petrol beri gambaran berbeza berbanding tanggapan umum T20 guna lebih banyak.
Key takeaways
Menteri menyatakan data penggunaan MyKad di stesen minyak menunjukkan golongan B40 dan M40 mendapat manfaat lebih besar daripada inisiatif BUDI95, berbeza daripada tanggapan umum. Kerajaan akan memberikan penerangan lanjut mengenai dapatan ini dalam tempoh dua bulan akan datang.
- Data pembelian petrol menggunakan MyKad menunjukkan subsidi memberi manfaat lebih besar kepada golongan M40 dan B40.
- Dapatan ini bertentangan dengan tanggapan umum bahawa golongan T20 menggunakan lebih banyak bahan api.
- Kerajaan dijangka memberikan penerangan lanjut mengenai angka data tersebut dalam tempoh dua bulan akan datang.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan sedang memperhalusi angka penggunaan BUDI95 dan kerajaan akan beri penerangan lanjut dalam tempoh dua bulan akan datang.PETALING JAYA: Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) menikmati manfaat lebih besar daripada pelaksanaan inisiatif BUDI95, berbanding golongan berpendapatan tinggi (T20), kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, dapatan itu berdasarkan data penggunaan semasa yang menunjukkan corak pembelian petrol bersubsidi mengikut kumpulan pendapatan, sekali gus membolehkan kerajaan menilai agihan manfaat inisiatif berkenaan.
"Sebenarnya, sekarang saya ada data yang sempurna... kerana tiap-tiap orang yang pakai subsidi, dia guna IC (MyKad) di stesen minyak dan kita ada rekod untuk setiap pembelian yang ada dalam negara ini.