Onn Hafiz Ghazi yang juga menteri besar Johor, berkata kenyataan 'PH buang masa dan wang' bertanding PRN Melaka menjawab sindiran dilempar kepadanya ketika PRN Johor.JASIN: Ketua Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi mempertahankan kenyataannya mengenai sindiran Pakatan Harapan (PH) hanya 'membuang masa dan wang' bertanding PRN Melaka.

Beliau berkata, kenyataannya mengenai PH dibuat berdasarkan maklumat, maklum balas, dan pemerhatian sendiri pada hari penamaan calon, menurutnya menunjukkan rakyat Melaka menerima baik kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Yang saya kata baru-baru ini di Melaka berdasarkan maklumat saya terima, maklum balas saya terima dan apa saya lihat sendiri semasa hari penamaan calon, rakyat Melaka secara keseluruhannya menerima baik gabungan BN-PN.