KUALA LUMPUR: Masyarakat tidak seharusnya hanya menumpukan kepada penyediaan stok makanan semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai wang tunai bagi memastikan urusan mendapatkan barangan keperluan tidak terjejas.
Pensyarah Fakulti Industri Agro Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Madya Dr Seri Intan Mokhtar, berkata walaupun bekalan makanan negara pada asasnya mencukupi dan sentiasa dipantau, keupayaan pengguna membeli barangan keperluan ketika sistem pembayaran terganggu juga perlu diberi perhatian.
"Apa yang lebih merisaukan adalah keupayaan membeli kerana gangguan pembelian digital dan sistem perbankan yang kini menjadi sasaran utama.
"Masyarakat makin lama makin selesa dengan penggunaan pembelian tanpa tunai. Saranan saya, pengguna juga perlu memegang semula tunai bagi keperluan mendesak bagi tempoh 72 jam sekira sistem tidak berfungsi.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fumnoa1asdesd_134625.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

