MANILA: Filipina merancang memanfaatkan peranannya selaku tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Mesyuarat Berkaitan bagi menonjolkan keupayaannya menerajui dan membentuk keutamaan serantau, selain menarik pelaburan baharu serta menjalin perkongsian yang bermakna, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Ketua Pengarah Operasi Majlis Penganjur Kebangsaan (NOC) ASEAN 2026, Ma Hellen De La Vega, dalam program audio siar Byaheng Bagong Pilipinas, berkata selain menghimpunkan pemimpin dunia untuk menangani isu yang dihadapi rantau ini, Manila akan memastikan dasar serantau yang dirangka dan diterima pakai membawa manfaat nyata yang dapat dirasai rakyat Filipina di peringkat akar umbi.
"Presiden berkata 'marilah kita memanfaatkan kepengerusian ini untuk mempromosikan negara, budaya, warisan dan nilai kita serta menunjukkan kepada dunia bahawa kita sudah bersedia', kita bersedia untuk perniagaan dan pelaburan baharu serta perkongsian.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F09%2F20e184f49ca3dd82c31a5f69dd10e0d7.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)