KUALA LUMPUR: Tekanan emosi akibat menghayati watak berat dalam filem Bisikan bukan sahaja menjejaskan keyakinan diri pelakon, Iman Zulkarnain, 35, malah turut memberi kesan kepada rumah tangganya sehingga membawa kepada perceraian.

Iman mengakui, pengalaman membawakan watak utama dalam filem itu menjadi antara fasa paling sukar dalam perjalanan seninya apabila tekanan yang ditanggung berlarutan selepas penggambaran selesai.

Katanya, dia bukan terbawa-bawa dengan karakter yang dijayakan, sebaliknya beban emosi ketika menghidupkan watak berkenaan menyebabkan dirinya hilang keyakinan serta sukar mempercayai orang lain.

"Selepas penggambaran filem ini, saya tidak okey. Bukan sebab terbawa-bawa watak, tetapi tekanan untuk membawakan karakter ini sangat berat.