MACHANG – UMNO Bahagian Machang bersama Pemuda UMNO dan Pas Kawasan Machang mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berhubung keputusan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta implikasi perintah mahkamah berkaitan.Menurut beliau, pihaknya berpandangan tindakan tersebut perlu disiasat kerana didakwa mempunyai unsur kesalahan di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948."Kami percaya tindakan Peguam Negara itu merupakan satu perkara yang perlu disiasat kerana didakwa melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong."Kami juga percaya tindakan berkenaan boleh menjurus kepada penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah berhubung tahanan rumah Najib selepas beliau menjelaskan denda RM50 juta," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.Terdahulu, beliau bersama Ahli Jawatankuasa Pas Machang, Muhammad Firdaus Radzulan dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Ibnu Hijram Ibnu Hajar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk membuat laporan berkenaan kira-kira jam 3.20 petang.Seramai 25 ahli UMNO dan Pas turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut.Mohd Fakaaruddin turut mempersoalkan tindakan menangguhkan pelaksanaan perintah berkenaan yang menurutnya tidak seharusnya berlaku tanpa asas kuasa yang sah dari sudut perundangan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah boleh ditafsirkan sebagai mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Baginda bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan dalam mentafsir perintah tersebut kerana keputusan yang diperkenankan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Dalam masa sama, Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut adalah jelas, nyata dan tidak terkait dengan mana-mana prosiding atau kes lain yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu.
UMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan Najib

Key takeaways
UMNO dan Pas Machang membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung penangguhan tahanan rumah Najib. Mereka mendakwa tindakan itu melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menghalang pelaksanaan perintah mahkamah.
- Laporan polis dibuat kira-kira jam 3.20 petang di IPD Machang oleh wakil UMNO dan Pas.
- Tindakan Peguam Negara didakwa mengandungi unsur kesalahan di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan.
- Seramai 25 ahli UMNO dan Pas hadir untuk menyatakan sokongan terhadap laporan tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Wujud penderhakaan laksana titah pengampunan Najib – UMNO
- Utusan Malaysia Puteri UMNO lapor polis isu tangguh penahanan rumah Najib
- Sinar Harian UMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan Najib (this story)







