London: Jurulatih Aston Villa, Unai Emery mendakwa Manchester United berada pada tahap yang sama dengan Barcelona.

Pengendali dari Sepanyol itu dijangka menamatkan sebarang minat daripada The Red Devils dengan menandatangani kontrak baharu bersama Aston Villa.

Villa yang tewas 0-3 kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada aksi pertengahan minggu lalu, akan bertandang ke gelanggang United pada awal pagi Isnin.

Emery sebelum ini gagal mencatat kemenangan dalam 11 kunjungan ke Old Trafford.