MANCHESTER: Beberapa kumpulan penyokong termasuk Reclaim the Stretford End, The 1958, The Red Army, Manchester United Youth Supporters' Club, South Stand United dan Retro Reds menggesa peminat untuk menjejaskan kewangan pemilik kelab dengan enggan membeli minuman beralkohol di dalam stadium semasa perlawanan menentang Aston Villa.
Penyokong diminta melepaskan belon sekali lagi apabila kedua-dua pasukan masuk ke padang sebelum perlawanan bermula namun diingatkan agar menghormati bertafakur selama seminit sempena 'Remembrance Sunday'.
Penganjur bersama menyatakan bahawa mereka mengadakan bantahan terhadap pegangan pemilikan kelab, rancangan untuk merobohkan Old Trafford bagi membina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk di bersebelahan, beban hutang United yang melebihi £1 bilion (RM5.42 bilion) serta penurunan standard di seluruh kelab dan sikap tidak menghormati penyokong yang hadir ke stadium.









