KUALA LUMPUR: Semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan atlet terus menjadi keutamaan apabila pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyampaikan sumbangan kepada 10 atlet dan bekas atlet beragama Hindu sempena sambutan Deepavali 2026.
Inisiatif berkenaan membabitkan empat atlet semasa dan enam bekas atlet daripada pelbagai cabang sukan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan serta pengorbanan mereka sepanjang bergelar atlet.
Ketua Pengarah MSN, Ariffin Mohd Ghani berkata sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha MSN, 100PLUS dan YAKEB untuk terus mendekati atlet dan bekas atlet khususnya dalam meraikan perayaan keagamaan mereka.









