SAO PAULO: Ketua pasukan Formula 1 (F1) Ferrari, Fred Vasseur, menganggap sudah tiba masanya untuk 'membuka buku baharu' berhubung persaingan antara Lewis Hamilton dan Charles Leclerc susulan satu mesyuarat kemuncak bersama kedua-dua pemandu itu di Brazil.
Vasseur dan Leclerc masing-masing tiba lewat bagi Grand Prix (GP) Sao Paulo dengan Leclerc menetap seberapa lama yang boleh di kediamannya di Monaco susulan kelahiran anak perempuannya, Bianca pada Selasa.
Secara tidak langsung, perkembangan itu menukar perjumpaan penting berkenaan ke suasana yang lebih santai di sebuah bilik suite hotel lima bintang pada malam Khamis, berbanding pejabat Vasseur yang sempit di paddock Interlagos yang sibuk pada awal siang hari.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMohdDusukiMokhtar20261006_691083.png&w=480&output=webp&q=85&we)