PETALING JAYA – Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak meningkat kepada 4,504 orang petang ini berbanding 1,404 orang pada sebelah pagi.
Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Selangor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,234 mangsa daripada 251 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.
“Ia menunjukkan peningkatan berbanding 1,206 mangsa daripada 316 keluarga di sembilan PPS, pagi tadi. Empat PPS masih beroperasi di Kuala Selangor iaitu Sekolah Agama Batu Lapan Ijok yang menempatkan 2,999 mangsa daripada 67 keluarga, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang (799 mangsa, 61 keluarga), SK Dato’ Maharaja Lela (192 mangsa, 61 keluarga) dan SK Jaya Setia (71 mangsa, 21 keluarga).









