PETALING JAYA – Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Komisioner Jeneral Penjara memindahkan bekas Perdana Menteri itu ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Peguam dari firma Tetuan Shafee & Co itu berkata, ia selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi perintah pengampunan bersyarat ke atas bekas Perdana Menteri keenam itu.

Pihak tersebut antara lainnya menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik ‘penangguhan sementara’ bagi pelaksanaan perintah berkenaan secara serta-merta.

“Perintah Yang di-Pertuan Agong mesti dilaksanakan hari ini. Pendirian anak guam kami mengenai kesan undang-undang perintah pengampunan secara keseluruhannya serta hukuman dan hak beliau kekal terpelihara.