Kuala Lumpur: Penyanyi remaja, Auddra Zulkifli mengakui trauma apabila didekati dengan seorang peminat lelaki dipercayai obses terhadapnya, baru-baru ini.
Auddra, 17, menganggap insiden berkenaan sebagai pengajaran berguna sekali gus membuatkannya perlu lebih berhati-hati apabila bertemu peminat.
"Sejujurnya selepas insiden itu memang saya berasa agak trauma. Disebabkan itulah kadang-kadang sekarang ini saya lebih menjaga batasan dengan peminat.
"Kalau minat atau terlalu obses dengan seseorang artis sekalipun, saya rasa anda tidak perlu berkelakuan seperti itu.







