GENEVA – Perancis mengerahkan 70,000 anggota polis dan pasukan polis tentera di seluruh negara pada Sabtu sebagai persediaan menghadapi gelombang baharu demonstrasi, susulan amaran pihak berkuasa mengenai kemungkinan berlaku keganasan, sekatan laluan dan kerosakan harta benda ketika perhimpunan tanpa kebenaran, lapor Anadolu Ajansi.

Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez mengumumkan langkah keselamatan itu pada sidang media Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan pada Sabtu.

Kementerian itu memaklumkan bahawa banyak seruan untuk mengadakan demonstrasi dibuat tanpa kepimpinan rasmi atau pengawasan kesatuan sekerja, dengan sebahagiannya turut disertai seruan melakukan keganasan dan gangguan menerusi media sosial.