LEEDS: Pemain gantian, Noah Okafor tampil sebagai wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk membolehkan Leeds United menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 dalam aksi sengit di Elland Road.

Kemenangan bermakna itu sekali gus mengakhiri kemarau kemenangan Leeds dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlarutan sejak September lalu.

Penyerang antarabangsa Switzerland berkenaan memanfaatkan sepenuhnya peluang sebaik sahaja dimasukkan ke padang.

Beliau bergandingan kemas dengan seorang lagi pemain gantian, Harry Wilson, 11 minit sebelum tamat masa perlawanan dengan satu embatan kencang yang menerjah jaring gawang pelawat.