ISTANBUL – Amaran ringkas dikeluarkan di bandar Jizan dan Najran di barat daya Arab Saudi bagi memberi peringatan mengenai ‘potensi bahaya’, menurut Pengurusan Pertahanan Awam Arab Saudi pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

“Bahaya di Bandar Najran telah berlalu,” menurut agensi itu menerusi platform media sosial X, beberapa minit selepas mengeluarkan amaran berkenaan.

Agensi itu turut menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan rasmi serta “mengelakkan perhimpunan dan merakam video”.

Terdahulu pada Sabtu, Pengurusan Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran sama bagi bandar Jizan sebelum mengumumkan bahawa ancaman berkenaan telah berakhir.