Kumpulan Houthi ulangi ancaman ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh meskipun sebahagian operasinya disambung semula. (Gambar Wikimedia Commons)WASHINGTON: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran peningkatan ancaman keselamatan daripada kumpulan Houthi susulan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid menyambung semula sebahagian operasinya pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam amaran keselamatan terbaharu, kedutaan itu memaklumkan Jabatan Negara AS telah mengarahkan kakitangan kerajaan yang tidak terlibat dalam tugas kecemasan serta keluarga mereka meninggalkan Arab Saudi, berkuat kuasa 23 Okt.
"Houthi yang disokong Iran telah melancarkan serangan terhadap Arab Saudi, termasuk menyasarkan lapangan terbang awam dan infrastruktur kritikal lain, mengakibatkan korban dalam kalangan orang awam serta gangguan serius terhadap perjalanan," menurut kedutaan itu.






