WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menganggap Institut Confucius, pusat kebudayaan tajaan China yang beroperasi di kampus universiti negara itu, sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth, mendakwa pusat berkenaan digunakan oleh Parti Komunis China sebagai alat propaganda dan sudah mengambil langkah untuk menutup operasinya.

Hegseth berkata, Jabatan Pertahanan mengambil tindakan selepas pertubuhan seumpama itu muncul semula dengan menggunakan nama dan identiti berbeza.

"Kami memasukkan pertubuhan yang beroperasi secara tersembunyi ini dalam senarai institusi yang mengancam keselamatan negara kami," katanya menerusi video semalam.