KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 15 tahun (B-15) negara memulakan kempen Festival dan Piala Dunia FIFA 2026 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Dominica dalam Kumpulan H di Hovsan Competition Complex, Baku, Azerbaijan, hari ini.

Skuad bimbingan P Maniam beraksi dengan baik untuk mendahului dua gol menerusi Aqheef Haiqal Koko pada minit ke-12 sebelum Anas Suffiyan Arif menggandakan kedudukan lima minit kemudian.

Meskipun Dominica cuba merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-28, barisan muda negara terus mengukuhkan kedudukan apabila Amirul Faris Azlan meledak gol ketiga pada minit ke-39 untuk menjadikan kedudukan 3-1 dan ia kekal sehingga tamat perlawanan.