Melaka: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan mencapai sasaran enam pingat emas pada temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua atlet negara yang telah mempamerkan prestasi membanggakan dan berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran berkenaan.
"Alhamdulillah, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua atlet kerana berjaya mencapai sasaran tersebut setakat hari ini.
"Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama atlet, jurulatih, persatuan sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan semua pihak yang terlibat," katanya kepada Bernama di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka di sini hari ini.









