PETALING JAYA: Adalah lebih baik kerajaan merujuk pakar industri dan teknologi navigasi sebelum mengambil langkah mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi popular, Waze.

Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin berkata, keputusan dasar sedemikian tidak seharusnya dibuat secara tergesa-gesa selepas dilihat bakal menjejaskan enam juta pengguna jalan raya di Malaysia yang bergantung aplikasi berkenaan untuk mencari rezeki, perjalanan harian atau urusan logistik.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan mengapa negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) masih belum melaksanakan larangan serupa.

“Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar tidak mengharamkan Waze. Namun, negara-negara ini terletak berhampiran secara geografi dengan kawasan konflik dan mempunyai protokol keselamatan negara yang ketat.