MANILA: Empat juruterbang Tentera Udara Filipina (PAF) maut selepas dua pesawat SF-260 terhempas ketika menjalani penerbangan latihan di wilayah Batangas, utara Filipina pada Jumaat, menurut pengesahan PAF, lapor Xinhua.
PAF memaklumkan kedua-dua pesawat itu terhempas berhampiran sebuah pangkalan udara di Bandar Raya Lipa kira-kira 3.51 petang waktu tempatan pada Jumaat.
PAF menggantung sementara operasi penerbangan semua pesawat SF-260 miliknya bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas itu.
SF-260 adalah pesawat ringan yang digunakan PAF untuk latihan juruterbang.









