Alanya, Turkiye: Seorang lelaki gelandangan berusia 66 tahun di Turkiye sengaja menghina Presiden Recep Tayyip Erdoğan dengan harapan dapat memperoleh makanan dan tempat tidur di penjara, menurut laporan media Turkiye.

Lelaki yang hanya dikenali sebagao RK itu ditahan di sebuah taman di Alanya, bandar peranginan di wilayah Antalya, selatan Turkiye kerana disyaki menghina presiden seperti yang dilaporkan Turkish Minute.

Seorang hakim kemudian memerintahkan lelaki itu ditangkap dan ditahan sementara menunggu perbicaraan.

"Saya tiada tempat tinggal, saya tidur di tempat pembuangan sampah. Sebab itulah saya berbuat demikian," katanya di mahkamah yang memerintahkan dia dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan, menurut akhbar Sözcü.