KULAI: Syarikat yang menyediakan aplikasi TuJu perlu segera menambah baik prestasi aplikasi berkenaan bagi mendapatkan keyakinan pengguna, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata, aplikasi TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB) perlu ditambah baik secepat mungkin susulan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap prestasi aplikasi itu.

Beliau berkata, pihak berkenaan memaklumkan mereka memerlukan masa untuk melaksanakan penambahbaikan, namun berharap tindakan sewajarnya diambil segera.

"Kalau kita nak menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi itu, saya rasa aplikasi itu perlulah mencapai tahap minimum untuk mendapatkan keyakinan pengguna.