RANTAU PANJANG: Seorang koperal polis patah tangan kanan selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaikinya bersama tiga anggota lain dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu pengedar dadah ketika operasi antidadah di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, anggota Strike Force berusia 41 tahun dari Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berkenaan dibawa ke Hospital Lati di Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, mengesahkan kejadian itu dan berkata seorang suspek berusia 35 tahun dari Rantau Panjang ditahan susulan insiden berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas ganja mampat, bunga ganja, minyak ganja dan enam botol ubat batuk yang dipercayai mengandungi kodeina, dengan nilai keseluruhan rampasan melebihi RM10,000.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F7a03a64b2d9d06cf2cc930d3e069bd27.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)