Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata pihaknya juga akan mengemukakan permohonan Perintah Untuk Menyiasat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua kertas siasatan dibuka secara berasingan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima rasuah berjumlah RM350,000 pada 2017 daripada seorang individu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, berkata siasatan dibuat susulan laporan polis yang diterima berhubung isu berkenaan, yang turut ditularkan di beberapa platform media sosial.
Beliau berkata kertas siasatan pertama dibuka di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan penjawat awam menerima benda berharga tanpa balasan daripada pihak yang mempunyai hubungan dalam urusan rasmi.








