bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) gesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan siasatan khas atau jawatankuasa siasatan bebas bagi menyiasat dakwaan rasuah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.
Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata ia bagi meneliti kesahihan dakwaan, mendapatkan keterangan saksi, menyemak bukti dan menentukan sama ada siasatan terdahulu pernah dijalankan.
"Hal ini sangat serius dan perlu dimaklumkan segera kepada Perdana Menteri memandangkan SPRM adalah sebuah suruhanjaya yang menjaga nilai integriti dalam perkhidmatan awam negara.
"SPRM mesti mengamalkan prinsip 'whiter than white' bukan sekadar bersih, tetapi mesti dilihat bersih, bebas, telus dan berintegriti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.










