austin@nst.com.my

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa beralih ke lapangan terbang lebih kecil bagi mengelakkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan yang lebih ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perubahan taktik itu terbukti berikutan penahanan seorang 'keldai dadah' warga asing di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, menerusi Op Tebuan.

Beliau berkata, suspek cuba membawa 26.2kg tunas ganja ke London melalui Singapura sebelum ditahan 1 September lalu.

"Kami percaya disebabkan penguatkuasaan yang ketat di KLIA, sindiket tersebut telah mengubah laluan mereka dan cuba menggunakan lapangan terbang lain.