am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Keluarga kepada Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang maut selepas disyaki dibunuh meminta orang ramai menghentikan spekulasi kononnya ahli keluarga kepada suspek ada menziarahi mereka.

Sepupunya, Mohamad Fauzi Bujang, 43, berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan berita tular di media sosial berhubung dakwaan keluarga suspek sudah berjumpa dengan keluarga remaja itu beberapa hari selepas kejadian tragis itu berlaku.

"Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat berita ini. Saya minta mereka di luar sana agar menghormati ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan.

"Saya terpaksa menegur mereka (warganet) dan bertanya dari mana mereka mendapat berita ini? Sampai saya terpaksa minta bukti mengenai kedatangan keluarga dia (suspek) ke rumah datuk dan nenek Irene Sofiya.