sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Padel Malaysia (MPA) mengesahkan akan mengadakan satu pertemuan secara rasmi bersama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melakukan perbincangan lebih terperinci mengenai sukan padel selepas mereka berjaya meraih pingat perak di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Presiden MPA, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima panggilan daripada MSN untuk membincangkan perkembangan sukan berkenaan dan itu dilihat satu perkembangan positif untuk mengukuhkan lagi pembangunan sukan padel di negara ini.

Katanya, MPA juga sudah menjalankan pelbagai usaha di peringkat akar umbi bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat, termasuk menganjurkan klinik pembangunan di Padel Depot, Kuala Lumpur untuk pemain berusia antara 12 hingga 16 tahun.