SUNGAI PETANI: Seramai 14 individu yang disyaki ada kaitan dengan kes penemuan mayat remaja lelaki, ditahan polis dalam kejadian di tepi semak berhampiran Jalan Harvard Golf Club, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya terutama bagi mengetahui motif kejadian terbabit.

“Dua daripada 14 suspek yang ditahan adalah bawah umur dan mereka kini direman selama lima hari, manakala baki suspek lain direman enam hari,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an ditemukan orang awam di tepi semak berhampiran Jalan Harvard Golf Club, di sini.