KUANTAN: Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut, dipercayai dicekik teman lelakinya selepas mereka bertengkar di sebuah rumah di Air Putih, di sini, awal pagi tadi.

Suspek berusia 19 tahun yang berada di rumah itu kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata suspek menghubungi polis pada jam 4.32 pagi untuk memaklumkan kejadian yang berlaku selepas dia bertengkar dengan mangsa.

"Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.