KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun kerana disyaki membunuh teman wanitanya yang berumur 19 tahun di sebuah rumah Jalan Air Putih 2 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, polis menerima panggilan daripada suspek memaklumkan berlaku pergaduhan antara suspek dengan teman wanitanya di sebuah rumah pada pukul 4.32 pagi.

“Susulan maklumat tersebut sepasukan anggota polis telah digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang pelajar wanita berusia 19 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuab bilik sewa aras bawah rumah berkenaan.

“Pemerikasan awal mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring di atas katil,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Sekayen 302 Kanun Keseksaan.