NIBONG TEBAL – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, Sabtu lalu sekiranya diperlukan.

Ketua Pengarah JKM Malaysia, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, pihaknya mempunyai kaunselor yang boleh memberikan sokongan berkaitan kesejahteraan emosi kepada keluarga mangsa dan individu terkesan.

“Kita sangat bersimpati dan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Sudah tentu kita berharap keluarga dapat menerima perkara ini dengan tenang.

“Kita juga mendoakan agar mereka diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat Madani JKM di Sungai Acheh di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE