KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyasarkan pengumuman harga tiket bagi operasi komersial Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibuat pada bulan ini dengan jualan tiket dibuka pada November.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pengumuman itu dijangka dibuat Kementerian Pengangkutan dengan jangkaan operasi komersial ECRL bermula pada pertengahan Disember 2026.
“Kita menjangkakan harga tiket yang dinamik dan mampu milik, iaitu lebih rendah berbanding harga kapal terbang dan sedikit tinggi daripada bas,” katanya.
Darwis berkata demikian pada Taklimat ECRL kepada Pengarang Berhubung Kesiapsiagaan Operasi ECRL bersama dengan media di sini hari ini.
Beliau berkata untuk fasa pertama ECRL, bilangan perjalanan pergi balik dari Isnin hingga Khamis adalah sebanyak 12 kali dan 14 kali dari Jumaat hingga Ahad.






