alagesh@nst.com.my
Kuantan: Seorang pelajar berusia 19 tahun ditemui mati, dipercayai akibat dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan teman lelakinya, di sebuah bilik di Air Putih di sini, hari ini.
Suspek lelaki berusia 19 tahun, yang berada di premis berkenaan, ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, suspek menghubungi polis pada 4.32 pagi susulan pertengkaran antara beliau dan mangsa.
"Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan di leher mangsa, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.








