Florida, Amerika Syarikat: Niat asal mahu mendapatkan bantuan teknologi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua wanita mendakwa maklumat peribadi mereka didedahkan menerusi TikTok oleh individu yang mereka hubungi untuk mendapatkan bantuan.

Memetik laporan The Independent, Mark Stephen Asea, 36, yang menggelarkan dirinya sebagai 'Demonologis' di TikTok, ditahan Rabu lalu pertuduhan jenayah mengakses komputer atau peranti elektronik tanpa kebenaran.

Asea dari Port St. Lucie sebelum ini ditahan pada April lalu atas dakwaan menghendap dan kesalahan berkaitan komputer, namun kes jenayah berkenaan digugurkan pihak pendakwaan pada Mei.

Penahanannya minggu lalu bagaimanapun membawa kepada pembukaan semula kes berkenaan, lapor Fox News.